
MyCommunityNews
May 19, 2025 at 09:22 AM
*19.05.2025 , ISNIN*
*SKMM LANCAR KEMPEN INTERNET SELAMAT, TANGANI MASALAH BULI SIBER DAN PENIPUAN ‘ONLINE’*
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan Kempen Internet Selamat (KIS) Wilayah Utara bagi memperkukuhkan keselamatan dalam talian (online) di samping membina komuniti digital yang berdaya tahan.
Menurut SKMM, dalam satu kenyataan, inisiatif tersebut merupakan langkah berterusan dilaksana bagi memperkasakan literasi digital terutamanya dalam menangani cabaran seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian siber, dan eksploitasi seksual kanak-kanak.
Katanya lagi, seramai lebih 100,000 peserta di seluruh Wilayah Utara merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak dijangka terlibat dalam kempen tersebut pada tahun ini.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/19Wba2T7uv/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DJ1BBJbJdHQ/?igsh=MTNoMzJ1NGMyZzY4eA==
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1924381252699959622?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZShb2B3cN/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1573
#mycommunitynews
#mcn
#skmm
#kempeninternetselamatwilayahutara
#kis