
MyCommunityNews
May 20, 2025 at 06:08 AM
*20.05.2025, SELASA*
*SIDANG KEMUNCAK ASEAN: RERUAI JUALAN, PAMERAN DI KLCC BERMULA 23 MEI*
Reruai jualan dan pameran bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang menawarkan pelbagai produk tempatan, perkhidmatan kerajaan serta aktiviti menarik akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bertemakan The Heritech Malaysia iaitu mainan kata yang menggabungkan unsur warisan dan teknologi, reruai pameran itu terbuka kepada orang awam bermula 23 hingga 25 Mei manakala delegasi ASEAN pada 26 dan 27 Mei.
Sejumlah 36 reruai dengan 25 pempamer terlibat sepanjang empat hari penganjuran dan pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai demonstrasi penghasilan kraf tangan, permainan dan pameran interaktif, cabutan bertuah, uji rasa produk makanan dan minuman tempatan, persembahan kebudayaan serta interaksi papan digital dan video.
Pelbagai aktiviti menarik juga menanti para pengunjung. Jom ramai-ramai ke sana!
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/16K7mikfey/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DJ3VdPPpRSf/?igsh=MWZzeXRjaXJoeDZiZQ==
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1924707089529896990?t=hvp1mQuOsxsmSMamWxW17g&s=08
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZShgWcR6k/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1576
#mycommunitynews
#mcn
#malaysiamadani
#kepengerusianasean2025
#asean2025
#reruaipameranasean
#klcc