
MyCommunityNews
May 22, 2025 at 02:14 AM
*22.05.2025, KHAMIS*
*PM LANCAR ‘RIBAT’, HMLTV PERTAMA KELUARAN NEGARA*
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melakar sejarah melancarkan “RIBAT”, kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) pertama yang direka bentuk dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).
Ia bersempena acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
Menurut laporan, RIBAT dinamakan sendiri oleh Perdana Menteri yang membawa nilai simbolik tinggi, serta merujuk kepada semangat berkawal mempertahankan tanah air yang berteraskan iman, patriotisme dan teknologi.
Jelasnya, RIBAT merujuk kepada amalan menjaga dan mengawal di persempadanan untuk mempertahankan keselamatan umat serta melambangkan kesiapsiagaan, keberanian, dan semangat pengorbanan demi tanah air.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/r/16Xqhji5iy/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/reel/DJ8CQl7zrDB/?igsh=OTUwcXp2ZHVseHNw
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1925369952972009907?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZShtFNvNW/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1583
#mycommunitynews
#mcn
#malaysiamadani
#madanibekerja
#ribat
#hmltv
#lima2025