MyCommunityNews
MyCommunityNews
May 22, 2025 at 12:59 PM
*22.05.2025, KHAMIS* *PELANTIKAN HAKIM: BUKAN HAK ASASI, TETAPI KEPUTUSAN BERDASARKAN PERLEMBAGAAN* Pelantikan atau pelanjutan jawatan kehakiman bukanlah satu hak asasi, dan ia tidak berlaku secara automatik semata-mata berdasarkan kebiasaan masa lalu. Apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan adalah proses pelantikan dan pelanjutan yang tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, bukan kehendak NGO mahupun tekanan media. Perkara 125(1) perlembagaan tidak memberikan jaminan mutlak, sebaliknya memperuntukkan kuasa budi bicara yang perlu dihormati demi menjaga integriti dan keseimbangan institusi kehakiman. Apabila NGO mula memainkan sentimen dan menuntut penjelasan terhadap keputusan sah yang dibuat mengikut peruntukan undang-undang, mereka sebenarnya mencemari prinsip kebebasan kehakiman yang mereka dakwa pertahankan. Sudah tiba masanya kita berhenti menjadikan pelantikan kehakiman sebagai simbol politik atau alat mempertahankan individu tertentu, seolah-olah kelangsungan sistem kehakiman negara bergantung kepada mereka. Badan kehakiman kita dibina atas prinsip kesinambungan, kedaulatan undang-undang dan struktur institusi ibukan personaliti. Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berdasarkan pelbagai pertimbangan seperti keperluan reformasi, kepelbagaian dalam kehakiman, serta kepercayaan rakyat. Nasihat tersebut tidak wajar tunduk kepada tekanan NGO atau kempen persepsi yang bermotifkan politik. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1Boas8JPEC/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DJ9Nm08JFRQ/?igsh=Y2xmeHpqeXh4NnNp *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1925535642488119465?t=3WiNlv7NNDtXBVMTk2GFWg&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZShnjRWNx/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/9223372036854675807 #mycommunitynews #mcn #hormatiperlembagaan #institusikehakiman

Comments