
MyCommunityNews
May 22, 2025 at 11:58 PM
*23.05.2025 , JUMAAT*
*KOS MYKIOSK 2.0 TINGGI: TENGOK DULU SPESIFIKASI, JANGAN TUDUH PEMBAZIRAN*
Dakwaan pembangkang serta amukan warga net kononnya kos pembinaan MyKiosk 2.0 terlalu tinggi disebabkan penyelewengan atau pembaziran adalah tidak tepat. Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, mereka yang terlibat perlu melihat spesifikasi pembinaan MyKiosk 2.0 di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum membuat dakwaan melulu.
Terdahulu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tampil menyatakan kos meningkat daripada RM15,000 (MyKiosk 1.0) kepada RM25,000 (MyKiosk 2.0) kerana penambahbaikan spesifikasi reka bentuk yang lebih mesra pengguna, dilengkapi tenaga solar dengan kapisiti yang lebih besar dan peningkatan sistem elektrikal seperti lampu LED bagi mendapatkan pencahayaan yang lebih optimum.
Tambah KPKT, sistem mekanikal juga dinaiktaraf melibatkan tingkap jenis hidraulik dan rak mudah laras untuk susun atur produk. Walaupun terdapat penambahan spesifikasi, kadar sewaan tetap rendah iaitu tidak melebihi RM300 sebulan.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/19YNpzazGT/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DJ-X5pgzQHF/?igsh=ZWwzNmIzMjRvYjJ4
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1925698299765441023?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZShn3N96J/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1590
#mycommunitynews
#mcn
#malaysiamadani
#madanibekerja
#kpkt
#mykioskkpkt