MyCommunityNews
MyCommunityNews
May 27, 2025 at 07:32 AM
*27.05.2025, SELASA* *MENTERI LUAR ASEAN BINCANG PELAKSANAAN 5PC TANGANI ISU MYANMAR* Pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (Five-Point Consensus, 5PC) dalam menangani situasi di Myanmar antara dibincangkan dalam pertemuan membabitkan Menteri Luar dan perwakilan kanan ASEAN. 5PC dipengerusikan oleh Menteri Luar Malaysia, YB Dato' Seri Mohamad Hasan dan hasil perbincangan itu dijangka membentuk tindakan balas kolektif ASEAN terhadap konflik di Myanmar yang sedang berlaku. Konsensus ini dipersetujui pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN di Jakarta pada April 2021, dua bulan selepas tentera merampas kuasa daripada kerajaan awan yang dipilih secara demokrasi di Myanmar bagi menggesa pemberhentian segera keganasan. Antara lain, 5PC turut menggariskan usaha bagi mengadakan dialog antara semua pihak, pelantikan utusan khas, membenarkan bantuan kemanusiaan oleh ASEAN dan membenarkan utusan khas ASEAN melawat Myanmar untuk bertemu semua pihak. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/19NHkCtV6t/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKJg0Wlpdyv/?igsh=MXRud2d0emhqY2V5Mw== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1927265929202663554?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZShEJcTmc/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1611 #mycommunitynews #mcn #malaysiamadani #5pc #asean2025 #konflikmynmar

Comments