MyCommunityNews
MyCommunityNews
May 27, 2025 at 08:00 AM
*27.05.2025, SELASA* *SIDANG KEMUNCAK ASEAN ‘25 BERI SEMANGAT BAHARU HADAPI PERKEMBANGAN GLOBAL* Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya ketika Sesi Plenari Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berkata, Sidang Kemuncak ASEAN 2025 memberi semangat baharu untuk ASEAN memperkukuh keterangkuman dan kemampanan dalam rantau ini menerusi Wawasan 20 Tahun yang berpandangan jauh. Katanya, ASEAN mesti terus berdiri teguh berdepan cabaran geopolitik dan perdagangan global yang semakin mencabar, termasuk tekanan tarif unilateral dan runtuhnya semangat multilateralisme. Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindakan pantas ASEAN dalam menangani isu tarif AS melalui penubuhan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN sebagai langkah penting yang menunjukkan ketegasan dan keberanian kita, bukan sekadar penyelarasan. Anwar juga mengumumkan, sebuah Kumpulan Penasihat Tidak Formal yang diketuai oleh Dr. Thaksin Shinawatra telah ditubuhkan bagi menangani krisis Myanmar. Meskipun langkah ini kecil dan prosesnya senyap, kita telah mencatat kemajuan dalam menyelesaikan isu ini, mempercepat misi mewujudkan keamanan serantau. Mengangkat tema "Keterangkuman dan Kemampanan", Malaysia mengetengahkan dua tonggak utama ASEAN masa depan, iaitu pertumbuhan saksama dan ketahanan berpanjangan. Anwar menegaskan bahawa nilai ini perlu dihayati dalam setiap agenda dan dasar rantau. Beliau juga menyeru ASEAN mempertahankan sistem antarabangsa yang terbuka dan berasaskan peraturan, serta meningkatkan daya saing melalui kerjasama strategik seperti Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China. Ini menjadi bukti keupayaan ASEAN dalam membentuk naratif global secara bersepadu. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1E2gMJmvsF/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKJiV95JaFU/?igsh=MTVka20wZno3b2htZQ== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1927269565441933322?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZShEdDQQ3/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1612 #mycommunitynews #mcn #malaysiamadani #madanibekerja #anwaribrahim #aseanunity #keterangkumandankemampanan #aseansummit2025

Comments