MyCommunityNews
MyCommunityNews
May 28, 2025 at 06:34 AM
*28.05.2025 , RABU* *BERITA BAIK SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-46 DI KUALA LUMPUR* Malaysia, selaku Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 mengetengahkan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, suatu pendekatan strategik yang berpaksikan nilai. Ia berlandaskan keyakinan bahawa masa depan ASEAN mesti diasaskan pada dua tonggak utama, pertumbuhan yang saksama dan mampan serta ketahanan yang berpanjangan. Beberapa perkara utama disentuh oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pada Sesi Plenari Sidang kemuncak ASEAN termasuk semangat baharu ASEAN yang terserlah melalui ketahanan luar biasa dalam menghadapi perkembangan global yang semakin rumit dan membimbangkan. Selain itu, beliau turut menyinggung tindakan pantas ASEAN dalam menangani isu tarif AS melalui penubuhan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN bukan hanya sebagai langkah penting, tetapi juga menjadi simbol ketegasan dan keyakinan. Selaku Pengerusi, Malaysia telah mengambil langkah positif dengan penubuhan Kumpulan Penasihat Tidak Formal berhubung isu Myanmar di mana pendekatan secara senyap sepanjang proses ini sangat penting. Jelas Anwar, walaupun langkahnya kecil dan jambatannya rapuh, namun dalam soal keamanan, jambatan yang rapuh lebih baik daripada jurang yang semakin melebar. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1E842XWxin/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKL9ZAupfDT/?igsh=cmFndm55dXA2Mjc5 *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1927611167650025543?s=46 https://x.com/mycommunews0624/status/1927612625569104162?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZShogsKMn/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1614 #mycommunitynews #mcn #kepengerusianasean #asean2025 #sesiplenariaseanke-46

Comments