
MyCommunityNews
May 29, 2025 at 03:09 AM
*27.05.2025, SELASA*
*HAWANA 2025 BUKA PELUANG KERJASAMA MEDIA ASEAN DALAM ERA DIGITAL*
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan menjadi platform penting bagi pengamal media dari ASEAN untuk bertukar pengalaman dan kepakaran dalam kewartawanan moden. Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia, Mohamad Fauzi Ishak menyatakan bahawa HAWANA boleh dimanfaatkan untuk mempelajari pendekatan kerja serantau terutamanya dalam penguasaan teknologi dan digital.
HAWANA 2025 yang berlangsung pada 14 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dalam dan luar negara. Anjuran Kementerian Komunikasi dan Bernama ini menampilkan pelbagai acara termasuk Pesta Pantun, majlis prapelancaran dan forum media bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI).
Mengenai industri media ASEAN, Mohamad Fauzi menjelaskan bahawa walaupun prinsip etika kewartawanan serupa, perbezaan dari segi kawal selia dan perundangan wujud. "Industri media mencerminkan kepelbagaian budaya, politik, dan ekonomi serantau. Perbezaan ini boleh dimanfaatkan Malaysia untuk terus maju," katanya. Beliau turut menekankan cabaran media moden seperti penyebaran maklumat pantas tanpa tapisan yang memerlukan ketelitian dalam memastikan kesahihan kandungan.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/1AeQk5r6LJ/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DKOL9YZvmGp/?igsh=dXgxdjJveWx6eW1o
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1927923956750704804?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkJrV3FN/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1616
#mycommunitynews
#mcn
#malaysiamadani
#madanibekerja
#hawana2025
#asean2025