
MyCommunityNews
May 30, 2025 at 09:21 AM
*30.05.2025 , JUMAAT*
*OPS GASAK KPDN TIDAK BABIT PEMANSUHAN, PEMOTONGAN SUBSIDI LPG*
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan tiada isu pemansuhan atau pemotongan subsidi gas petroleum cecair (LPG) oleh kerajaan hari ini, melainkan hanya usaha mengekang isu ketirisan barang kawalan dan manipulasi dalam aktiviti perniagaan yang sedang giat dijalankan.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali, subsidi LPG akan terus dapat dinikmati oleh golongan sasar iaitu pengguna kerana ia adalah subsidi dapur rumah rakyat, bukannya subsidi sektor komersial.
Malah Operasi Gas Memasak (Ops Gasak) yang bermula 1 Mei lalu bukan satu dasar dan peraturan baharu di bawah Kerajaan MADANI, namun ia terkait dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 yang sudah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021 di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/1AdkPJusC1/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DKRbVX0zZOL/?igsh=OGZ3Znp1aHR2bzZv
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1928380440232206441?t=vLU8Oe8NB7tYLfoAJfPkdw&s=19
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkdgKDLq/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1623
#mycommunitynews
#mcn
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kpdn
#opsgasak
#subsidilpg
#subsididapurrumahrakyat