MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 3, 2025 at 04:06 AM
*3.06.2025, SELASA* *ISU PERLEMBAGAAN PERLU DIJAWAB DENGAN PROSES PERLEMBAGAAN* Isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan Malaysia harus ditangani berlandaskan proses perundangan yang sah dan telus, sebagaimana yang digariskan secara jelas dalam sistem demokrasi negara. Sebarang pindaan kepada Perlembagaan harus melalui prosedur yang ditetapkan, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 128(2) Perlembagaan yang memberikan Mahkamah Persekutuan bidang kuasa eksklusif untuk memutuskan sebarang persoalan yang menyentuh maksud dan kesan Peruntukan Perlembagaan apabila perkara itu timbul dalam prosiding Mahkamah Tinggi. Harus diingat, hanya badan kehakiman tertinggi dan bukannya ahli politik mahupun masyarakat umum yang layak metafsir makna sebenar Perlembagaan, terutamanya apabila wujud pertikaian berhubung persoalan baharu yang belum pernah terjadi. Manakala Mahkamah Persekutuan pula bukan destinasi terakhir bagi hal berkaitan rayuan. Perlu ditekankan, Perkara 128(2) menjadikan Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah yang pertama dan paling utama dalam menjawab soalan Perlembagaan apabila ia timbul ketika prosiding berjalan. Sekiranya Mahkamah Persekutuan mendapati tiada perlindungan perlu diberikan, maka kes akan diteruskan mengikut perbicaraan sedia ada. Tetapi jika Mahkamah berpendapat bahawa wujud keperluan melindungi struktur pentadbiran negara daripada manipulasi undang-undang yang bermotifkan politik, maka ia akan dirujuk kembali berdasarkan sistem Perlembagaan. Begitulah demokrasi berfungsi, menyelesaikan kekaburan sebelum mencetuskan krisis serta menyerahkan persoalan paling berat kepada mahkamah tertinggi dalam usaha menyelesaikan isu yang tak dapat dijawab oleh Perlembagaan. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1Es8QeuHtX/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKbJEX3pKDm/?igsh=dXZobGp6NGVpcW1j *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1929747312072691989?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSk2QWPdS/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/9223372036854675807 #mycommunitynews #mcn #perlembagaanmalaysia #kehakimannegara

Comments