
MyCommunityNews
June 3, 2025 at 04:48 AM
*3.06.2025, SELASA*
*AGONG TITAH PERKHIDMATAN AWAM, BADAN BERUNIFORM LAKSANA TUGAS DENGAN BERANI DAN PENUH INTEGRITI, DUKUNG KONSEP BERKECUALI*
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan anggota perkhidmatan awam agar mendukung konsep berkecuali dan bebas dari pengaruh politik serta menjadikan prinsip tersebut sebagai tunjang tatakelola yang baik agar setiap dasar dapat dilaksanakan dengan telus demi kepentingan umum.
Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam turut mengingatkan seluruh agensi penguatkuasaan agar menjalankan tugas dengan berani dan penuh integriti agar rakyat terus yakin serta menghormati pasukan beruniform negara ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, mewakili seluruh anggota perkhidmatan awam menjujung titah Yang di-Pertuan Agong dan memaklumkan bahawa anggota perkhidmatan awam akan terus teguh menggalas amanah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta komited mendukung konsep berkecuali.
Manakala kesemua agensi beruniform turut memberikan reaksi yang sama, merafak sembah menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda sekaligus melahirkan tekad untuk menjalankan tugas dengan berani dan penuh integriti dalam memastikan keselamatan, keharmonian serta imej badan beruniform juga negara sendiri terus terpelihara.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/r/1LSJfoRRf9/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/reel/DKbOXC-J37a/?igsh=ZXlpMDUyZmlrc3Vx
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1929759205332013412?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSk2VKxXq/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1637
#mycommunitynews
#mcn
#titahydpa
#harikeputeraanrasmiydpa
#perkhidmatanawam
#badanberuniform