MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 6, 2025 at 12:39 AM
*06.06.2025 , JUMAAT* *PEMBANGKANG GAGAL FAHAMI PROSES KETAT LESEN CECAIR NIKOTIN* Pembangkang sekali lagi membuktikan sikap tidak bertanggungjawab dengan sengaja memutar belit isu lesen cecair nikotin demi kepentingan politik sempit. Mereka mencipta naratif palsu seolah-olah kerajaan tidak mempedulikan kesihatan rakyat sedangkan setiap proses kelulusan lesen melalui kawalan ketat oleh MITI, MIDA, JKDM, SIRIM dan KPDN. Sikap mereka yang gemar menabur fitnah tanpa usul periksa hanya mendedahkan niat jahat untuk mencipta kekeliruan dalam kalangan rakyat. Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap komited melindungi kesihatan awam melalui Akta 852, yang memberi kuasa penuh kepada KKM untuk memantau produk berkaitan tembakau. Setiap keputusan diambil setelah melalui perundingan teliti bersama pakar perundangan, kesihatan dan industri. Jika pembangkang benar-benar prihatin, mereka perlu membantu rakyat memahami mekanisme kawalan sedia ada bukannya menyebar kebencian dan propaganda kosong. Pembangkang perlu berhenti menjadikan isu lesen cecair nikotin sebagai alat politik murahan. Rakyat Malaysia semakin bijak dan tidak mudah terpedaya dengan permainan kotor mereka. Kerajaan tetap beriltizam melaksanakan kawalan ketat ke atas semua produk, sementara pihak pembangkang wajar menyumbang ke arah kemajuan negara daripada terus menyemai perpecahan dan menyebarkan naratif tidak berasas. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/r/1AVHnvtPuE/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/reel/DKicQFCTXLT/?igsh=c2VlMmRtb3ducWsw *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1930775961282482501?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkkLKHyf/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1653 #mycommunitynews #mcn #malaysiamadani #madanibekerja #lesennikotin #kkm #tidakpastijangankongsi

Comments