
MyCommunityNews
June 8, 2025 at 01:35 AM
*08.06.2025 , AHAD*
*SEKRETARIAT ORANG MELAYU: SOLUSI ATAU SEKADAR SANDIWARA POLITIK TUN M?*
Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Sekretariat Orang Melayu menimbulkan persoalan tentang keikhlasan motifnya. Pada tahun 2019 Tun Mahathir sendiri pernah menegaskan bahawa "Orang Melayu tidak boleh berharap kepada orang lain atau kerajaan untuk memajukan diri." Namun, kini beliau mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu dengan alasan kerajaan hari ini gagal menangani isu-isu Melayu.
Hasrat ini telah menimbulkan persoalan, mengapa perlu tubuhkan sekretariat baru sedangkan institusi sedia ada (seperti MARA, JAKIM) boleh diperkukuh? Adakah ini benar-benar untuk membantu Melayu atau sekadar helah politik untuk kekal relevan? Sejarah telah menunjukkan beliau sering menggunakan isu Melayu sebagai alat politik, namun dasar-dasarnya ketika berkuasa lebih menguntungkan elit berbanding rakyat biasa.
Jika Tun Mahathir ikhlas, beliau sepatutnya bekerjasama dengan pihak lain tanpa agenda tersembunyi, bukan mencipta platform baru yang berpotensi jadi medan perebutan pengaruh. Orang Melayu memerlukan pemimpin yang tulus bukan retorik kosong untuk kepentingan peribadi.
Jangan jadikan isu Melayu sebagai alat politik. Perjuangan sebenar memerlukan tindakan konkrit, bukan sekadar ucapan untuk mengekalkan kuasa.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/1HpZnUTtM1/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DKnxB2ozKme/?igsh=c2VybDRsM2JyNTA1
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1931524745717285298?t=ww-IzDOsvJd8fbiKPheDVA&s=19
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkDRY1My/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1660
#mycommunityews
#mcn
#sekretariatorangmelayu