MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 8, 2025 at 02:11 AM
*08.06.2025 , AHAD* *PETRONAS, PENYESUAIAN STRATEGIK & KELANGSUNGAN GLOBAL* Pengumuman Petronas bakal mengurangkan sekitar 10 peratus tenaga kerja, dengan anggaran melibatkan lebih 5,000 orang pekerja menjelang hujung tahun ini menerima pelbagai reaksi masyarakat. Tak kurang juga ada yang menggunakan pengumuman ini sebagai modal politik, menuding jari kepada Kerajaan MADANI kononnya gagal mengurus syarikat GLC tersebut. Harus difahami, pengurangan ini bukan disebabkan soal pengurusan yang lemah namun ianya selaras dengan realiti pasaran global agar syarikat tersebut terus kekal relevan dalam industri tenaga yang sedang mengalami perubahan besar. Apa yang dilaksanakan Petronas ini merupakan satu bentuk transformasi berdasarkan penyesuaian strategik agar syarikat mampu bergerak dengan lebih bersepadu. Situasi ini juga bukan pertama kali berlaku. Malah, nama-nama besar seperti Shell, BHP dan ExxonMobil telah terlebih dahulu melaksanakan langkah rasionalisasi ini agar syarikat kekal bertahan dan berdaya saing. Perlu difahami juga, penyesuaian strategik ini dibuat berdasarkan penelitian ke atas aset, proses perbelanjaan dan tenaga kerja secara menyeluruh. Bukan pengurangan kos yang menjadi faktor utama, tapi penyusunan semula langkah untuk memastikan Petronas terus relevan serta menjadi antara penyumbang utama kepada negara yang perlu dipertimbangkan. Sementelah, Petronas juga terpaksa berhadapan dengan cabaran pasaran antarabangsa yang tidak menentu. Bagi menghadapi cabaran ini, Petronas juga telah siap membentuk pelan peralihan buat para pekerja yang bakal terkesan agar titik peluh mereka selama ini tidak kering sia-sia. Berbalik kepada tuduhan kegagalan Kerajaan MADANI mengurus syarikat GLC ini, nampaknya ada beberapa hal yang perlu masyarakat fahamkan. Operasi harian Petronas serta beberapa GLC lain tidak dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Namun, kerajaan dalam hal ini berperanan untuk memastikan setiap keputusan yang diambil selari dengan nilai keadilan sosial serta kebajikan rakyat. Petronas diberi ruang untuk melaksanakan langkah sewajarnya, namun kerajaan juga bertindak sebagai entiti yang akan menyediakan pelbagai bentuk sokongan yang diperlukan melalui agensi-agensi sedia ada bagi memastikan nasib pekerja terus terbela. Inilah sumbangan yang diberikan Kerajaan MADANI kepada rangkaian GLC yang ada di negara ini, Petronas khususnya, sebagai pengimbang kepada sebarang kemungkinan. Matlamat Kerajaan MADANI juga jelas, untuk memastikan para pekerja yang terkesan tidak terbiar melata di samping memastikan Petronas kekal unggul sebagai syarikat tenaga nasional yang kukuh dan relevan zaman berzaman. Maka berhentilah menuding jari. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1DkZmR8T2Y/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKn01gzTFdn/?igsh=dGVha28wZmVzNmZ2 *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1931533515017040185?t=fpWvxy_TpwkY3T0XfZ_SSQ&s=19 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkDLxGEA/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1662 #mycommunitynews #mcn #kerajaanmadani #petronas #penyesuaianstrategik #kelangsunganglobal

Comments