MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 9, 2025 at 12:25 AM
*09.06.2025 , ISNIN* *TUN M PUNCA PERPECAHAN ORANG MELAYU* Tun M bangkit sekali lagi dengan laungan “satukan Melayu”, tapi dalam masa yang sama, rekod politik beliau ibarat katalog perpecahan orang Melayu. Lepas keluar dari UMNO – parti yang sekian lama menjadi tonggak politik Melayu – beliau tubuh BERSATU. Katanya masa tu, UMNO dah tersasar perjuangan. Tapi tak lama kemudian, beliau sendiri keluar dari BERSATU. Tak cukup dengan itu, ditubuhkan pula Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA). Hasilnya? Gagal. Semua calon hilang deposit dalam PRU15. Ironinya, beliau sendiri akui GTA “dah tak berfungsi.” Sekarang, muncul pula Sekretariat Orang Melayu – kononnya nak “selamatkan Melayu”. Cakap mahu selamatkan, tapi setiap kali tubuh parti baharu, orang Melayu makin berpecah. Makin ramai keliru dan muak dengan percaturan politik yang tiada hala tuju jelas. Khemah yang dibina longgar, tanpa asas perjuangan kukuh, hanya diselubungi retorik lapuk dan nostalgia zaman silam yang tak lagi relevan. Orang Melayu tak perlukan lagi ‘projek percubaan’ atau ‘eksperimen politik’ yang lahir dari kekecewaan peribadi. Cukup-cukuplah jadi dalang kepada keretakan bangsa sendiri. Kalau benar nak satukan Melayu, jangan jadi punca perpecahan. Jangan anggap orang Melayu ni boleh dijual beli dengan slogan kosong. Sudah-sudahlah dengan ‘politik recycle’ yang tak habis-habis muncul setiap kali rasa tersisih dari kuasa. Kita perlukan tekad untuk memperkukuh institusi politik yang konsisten, bukan ‘khemah baru’ yang roboh sebelum sempat berdiri teguh. Kalau nak selamatkan Melayu, mulakan dengan muhasabah – siapa sebenarnya yang paling banyak ‘menceraikan’ Melayu selama ini? *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/15PRCxM7TY/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKqNfCnzCBK/?igsh=MWliZDg5NGF4MWEzbQ== *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1931868894840684652?t=Cz7cIhvRn1PdMg0V3xnLzw&s=19 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkUW8DjY/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1664 #mycommunitynews #mcn #khemahretak #tunmpuncaperpecahan

Comments