MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 9, 2025 at 02:55 AM
*9.06.2025, ISNIN* *SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA 15 PELAJAR UPSI NAHAS JRTB* Kemalangan maut melibatkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) awal pagi ini di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sejurus umat Islam selesai meraikan Hari Raya Aidiladha pada hujung minggu lalu benar-benar meruntun jiwa. Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim melalui kenyataan media Pejabat Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan takziah dan berdukacita atas nahas yang berlaku. Beliau turut mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa yang terlibat. Warga MyCommunitynews turut sama berdukacita atas tragedi yang menimpa dan merakamkan setulus takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Al-Fatihah. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1LQfKaAEmT/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKqewwPJNGk/?igsh=bHl3dm43ZXMxYjIy *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1931906573104029735?t=TN83rRP-XR0C5TiSzMUYkA&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkyJXGGu/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1665 #mycommunitynews #mcn #nahasjrtb #upsi #takziah #berdukacita

Comments