MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 9, 2025 at 05:29 AM
*9.06.2025, ISNIN* *SKMM BUKAN KUMPUL DATA PERIBADI PENGGUNA TELCO, TAPI DATA TELEFON BIMBIT* Kecoh sekejap media sosial di Malaysia ni bila ada netizen tak bertanggungjawab mewar-warkan kononnya Kerajaan MADANI menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengumpul data peribadi rakyat di negara ini. Sebaliknya yang berlaku, SKMM hanya mengumpulkan 'Data Telefon Bimbit' yang mana tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi pengguna dari telco-telco yang ada di negara ini. Ianya bukan 'data harvesting' sebagaimana yang disebutkan netizen yang berlindung di balik nama Lim Sian See, tapi Data Telefon Bimbit itu digunakan semata-mata untuk mendapatkan statistik rasmi penggunaan data telefon bimbit berasaskan dua sektor utama negara iaitu sektor ICT dan sektor pelancongan. Segala maklumat yang dibekalkan kepada SKMM juga, sekali lagi ditekankan, telah dianonimkan oleh pihak telco dan pihak telco juga diminta untuk memproses sendiri data dalaman telco tersebut mengikut lokaliti keseluruhan pengguna mengikut kawasan. Selain dari nak tengok statistik ICT dan pelancongan, data-data ni juga perlu bagi menyemak dan memastikan berapa peratus pengguna terkini yang menggunakan pelan 4G, 5G serta jalur lebar di kawasan terlibat. Kalau bilangan pengguna jalur lebar rendah misalnya, apa faktor yang menyumbang kepada keadaan tu? Tak cukup pencawang ke? Atau mungkin dekat kawasan tu memang rata-rata dihuni oleh warga emas yang tak perlukan capaian internet dan sebagainya. Itu la tujuannya. Kerajaan MADANI, melalui SKMM cuma nak kumpulkan data bagi membantu menaik taraf mana-mana aspek berkaitan capaian telekomunikasi di negara ini. Tak ada kena-mengena dengan nak jejak orang mahu pun ceroboh privasi rakyat sendiri. Kita duduk KL, memang la internet laju. Tapi pernah tanya tak kawan-kawan kita dekat Royal Belum, tak pun di Kapit sana... Cukup laju tak internet mereka? Dah 5G belum capaian data mereka? *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/16enV9yfq7/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKqv-_ypOi5/?igsh=MTJxNXUwOGg3bmdhbA== *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1931945495444037909?t=r4RYYZ8CfzEPv5VL_kxpAw&s=08 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkyhrMhK/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1666 #mycommunitynews #mcn #skmm #datatelefonbimbit

Comments