
MyCommunityNews
June 9, 2025 at 08:55 AM
*9.06.2025, ISNIN*
*ARMIZAN NASIHAT WEE JANGAN CEPAT ‘KOYAK’ ISU TONG LPG*
Episod perdebatan antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali dan Presiden MCA Wee Ka Siong dalam isu penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi nampaknya masih belum menemui titik noktah.
Semalam, Armizan tampil menasihati Wee supaya tidak cepat melatah hingga tersilap rujuk undang-undang. Jelasnya, Wee sebenarnya merujuk kepada undang-undang yang berbeza – iaitu Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022, dan bukannya Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021.
Namun begitu, beliau turut ‘memuji’ Wee yang kini lebih cakna sebagai ‘jurucakap rakyat’ berbanding dahulu, yang jelas terlewat empat tahun bagi bantahan untuk peraturan yang dikuatkuasakan pada tahun 2021.
Dalam pada itu, Armizan juga sempat merayu agar Wee tidak mengelirukan rakyat dengan rujukan kepada undang-undang yang salah dan tidak berkait dengan apa yang beliau katakan sekali gus tergesa-gesa menyalahkan sebarang tindakan Kerajaan MADANI.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/1RW1F9ihbt/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DKrH-uBpy_J/?igsh=eWptaWszMnZlZXRh
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1931997569758216605?t=Ncq-xs2Yn-6H1ztwbFiPng&s=08
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkyXLN4y/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/9223372036854675807
#mycommunitynews
#mcn
#isutonglpg
#kpdnhep
#madanibekerja