Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
May 12, 2025 at 05:19 AM
*_"Encik Shahril, Public Gold ni emas digital ke? Saya tengok kecoh di FB pasal emas digital"_* _*"Cuba tengok posting ni, https://www.facebook.com/share/p/1BgA5C17FY/"*_ Soal salah seorang team emas saya. Saya jawab, Kita memang beli emas fizikal daripada Public Gold. Kaedah pembelian emas yang disediakan oleh Public Gold ada TIGA; 1. Bayaran Penuh. 2. Bayaran 10kali. 3. Tabungan Akaun GAP. Jika kita berkemampuan, boleh pilih Bayaran Penuh. Pilih jenis emas, buat bayaran habis, kemudian emas akan dihantar ke alamat, atau ambil di branch terdekat jika beratnya melebihi 21.25gram. Jika kita kurang berkemampuan, boleh pilih kaedah pembelian Bayaran 10 kali(lock harga), pilih mana-mana item, bayar ikut jadual yang disediakan (10 bulan). Apabila selesai bayaran, emas akan dihantar ke alamat atau boleh ambil di cawangan terdekat jika beratnya melebihi 21.25 gram. Namun jika kita tidak mampu untuk membeli mengikut cara pertama dan kedua, kita boleh pilih kaedah ke-3 iaitu melalui Tabungan emas GAP. Beli sikit-sikit dan kumpul dulu dalam akaun GAP. Bila dah cukup jumlahnya samada 1gram, 5gram, 10,gram, 20gram, 1 Dinar, 5 dinar, 10 dinar, 50gram, 100gram dan sebagainya, kita tebus keluarkan emas fizikal. Nak keluarkan goldbar 12kg pun ada. Yang dimaksudkan dalam posting ini ialah emas digital. Emas Digital ialah akaun emas di bank. Public Gold adalah emas fizikal. Akaun Emas bank, walaupun dikatakan ada sandaran emas fizikal, namun bank dah kaji bahawa penyimpan emas digital tidak akan fizikalkan emas mereka. Mereka lebih memilih untuk melakukan jual beli secara digital sahaja. Sebab itu bank tawarkan spread yang sangat rendah. Bayangkan kalau jual 100gram dalam miga, spread emasnya kurang daripada 2%. Agaknya, penyimpan emas digital bank nak keluarkan emas fizikal? Rugi la kalau mereka keluarkan fizikal, sebab jika mereka jual emas dalam bentuk fizikal, spreadnya lebih tinggi. Baik jual dalam bentuk digital. Inilah salah satu helah yang dicipta bagi memastikan duit pendeposit masuk semula kepada mereka iaitu dengan cara mewujudkan produk akaun emas digital. Harus ingat, bank adalah entiti yang menjual Hutang. Produk mereka ialah Hutang dan mereka membuat keuntungan melalui hutang. Mereka(bank) dah lama kaji, ramai pendeposit bimbang simpanan mereka akan hilang nilai akibat inflasi jika terus disimpan dalam bank. Jadi, ini cara untuk pastikan wang pendeposit masuk semula kepada mereka(bank). Wujudkan akaun emas. Bila pendeposit terburu-buru nak beli emas, mereka dah siap tawarkan emas dalam bentu digital yang lebih murah. Saya tidak pernah percaya bahawa akaun emas bank disandarkan emas fizikal. Walaupun ada sijil kepatuhan syariah. Pernah nampak emas fizikal Miga? Tak pernah kan. Hanya tau akaun Emas Miga tu je kan? Jadi, inilah emas digital yang dimaksudkan oleh posting Facebook ini. Namun, pada zaman yang semakin canggih dan berisiko ini, emas fizikal juga ada kelemahannya jika tidak ditangani dengan baik. Bagaimana hendak membuktikan emas fizikal yang dibeli daripada itu benar-benar tulen melainkan jika penjual membuat ujian ketulenan terlebih dahulu. Pembeli emas tidak akan tahu samada emas itu tulen atau tidak melainkan ketika mereka menjual atau menggadaikannya nanti. Risiko terbeli emas palsu adalah lebih tinggi berbanding risiko membeli emas digital di bank. Sebab itu ramai yang memilih untuk membeli emas di Public Gold. Tak perlu risau dan boleh tidur dengan tenang. Walaupun saya Dealer Public Gold, saya tidak sarankan untuk membeli emas fizikal daripada dealer. Kalau nak, beli terus dengan syarikat. Setiap transaksi ada rekodnya untuk dijadikan rujukan sekiranya berlaku masalah. Jika tidak, anda berisiko kena tipu oleh scammer yang menyamar jadi dealer emas Public Gold. Zaman ni bukannya susah nak menipu. Kesimpulannya, Public Gold adalah syarikat yang menjual emas fizikal melalui platform akaun emas secara digital. Maka belilah dengan yakin kerana ianya dijamin selamat. Shahril Norazmi PG00190571 FMD Public Gold. Klik Daftar Akaun Emas:⤵️ Linktr.ee/Shahrilnorazmi
❤️ 1

Comments