Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
May 13, 2025 at 11:11 AM
*_"Saya tak minat emas, jadi saya tak nak simpan emas!"_* Sebenarnya, simpan emas ini bukan atas minat tapi sebab fungsi emas dalam portfolio simpanan. Sebab itu, berbalik semula kepada pemahaman fungsi emas dari sudut simpanan. Antara keistimewaan emas ini, nilainya terjamin dalam jangka panjang. Ia juga adalah aset fizikal yang mampu milik, mudah dibawa ke mana-mana dan juga aset yang mudah dijual. Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam rekod sistem kewangan. Bermakna berapa banyak simpanan emas yang anda ada, tidak seorang pun yang tahu termasuklah kerajaan. Jika anda jatuh muflis, harta anda akan disita dan akaun bank anda juga akan dibekukan. Tapi, bila anda ada emas fizikal, hanya emas sahaja yang tidak boleh diambil. Jika negara berperang, nilai duit negara tersebut sudah tiada. Nilai duit dalam bank pun tidak boleh dikeluarkan lagi. Tetapi, emas boleh anda bawa ke negara lain dan anda boleh jual emas ini dengan mudah untuk memulakan kehidupan baru. Sebab itu, emas ini disebut sebagai insurans kekayaan. Kelebihan yang Public Gold berikan adalah anda boleh membeli emas mengikut bajet simpanan anda melalui akaun Gold Accumulation Program atau GAP. Belian emas serendah minimum RM100 membolehkan anda mengumpul gram emas sedikit demi sedikit sehingga capai target saiz emas yang anda mahukan. Shahril Norazmi | AbamTrafik Founder Master Dealer Public Gold Linktr.ee/ShahrilNorazmi
❤️ 1

Comments