Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
May 13, 2025 at 11:49 PM
Gais. Bulan lepas dan bulan ini, kita dapati harga emas boleh bergerak dalam kadar yang extreme dalam tempoh sehari. Naik dan turun boleh melebihi 100 usd/Oz. Memang berpinau mata tengok 🤭 Walaupun arah pergerakan harga dalam jangka pendek sukar diramal, data sejarah menunjukkan bahawa dalam jangka masa panjang, harga emas menunjukkan trend peningkatan. Sebagai contoh, dalam tempoh setahun yang lalu, harga emas telah mencatatkan peningkatan sebanyak 24.80%. Lebih signifikan lagi, dalam tempoh dua dekad, nilai emas telah meningkat secara kumulatif sebanyak 767.55% Angka-angka ini memberi isyarat jelas tentang potensi emas sebagai aset yang stabil dan menguntungkan. Namun mesti jangka masa panjang. Namun begitu, penting untuk difahami bahawa pasaran tidak akan pernah berada dalam keadaan “stabil sepenuhnya”. Fluktuasi adalah sebahagian daripada sifat semula jadi pasaran kewangan, termasuk pasaran emas. Oleh itu, menunggu harga emas turun ke paras tertentu mungkin menyebabkan anda terlepas peluang yang lebih besar – iaitu untuk memiliki emas itu sendiri. Strategi yang terbukti berkesan dalam menghadapi ketidaktentuan ini adalah menyimpan emas secara konsisten, tanpa terlalu bergantung kepada spekulasi jangka pendek. Kemudian, strategi kedua adalah “fikir long term” Ingat, beli dahulu dan tunggu, bukannya tunggu dahulu baru beli. Baru anda akan rasa tenang. Sebagai orang yang dah 17 tahun dalam bidang ini (since 2008) inilah yang saya pegang. Gais. “Sayang emas dan emas akan sayang anda balik 10 kali ganda 😍” “Love gold and good will love you back 10x 😍” Sila share jika bermanfaat. 14/5/2025 #notaemassyukorhashim
Image from Public Gold Malaysia: Gais.  Bulan lepas dan bulan ini, kita dapati harga emas boleh bergera...

Comments