Public Gold Malaysia
Public Gold Malaysia
May 14, 2025 at 09:20 AM
*_"Berapa banyak emas yang perlu saya simpan?"_* Soalan ini bergantung dengan tahap pendapatan & perbelanjaan bulanan isi rumah. Kembali semula kepada Maksud Kekayaan. Kekayaan adalah bermaksud, berapa lama seseorang mampu bertahan apabila tiada lagi pendapatan. Jadi, level kekayaan setiap orang berbeza-beza. Namun, target utama yang ditetapkan ialah 1KG emas. Kenapa 1KG? Kerana nilai 1KG emas bersamaa 1/2 juta dan ia adalah jumlah yang selamat untuk bersara dengan selesa. Nilai 500ribu ini adalah jumlah yang cukup untuk persaraan pada tahun 2025 hingga 2030. Untuk persaraan pada 10-20 tahun akan datang, belum tentu cukup kerana inflasi. Kerana itu, dana persaraan perlu disimpan dalam bentuk emas, bertujuan untuk melindungi nilainya. Jom lihat perubahan nilai 1KG Emas dalam tempoh 5 tahun: Tahun 2020 = RM200k Tahun 2021 = RM230k Tahun 2022 = RM250k Tahun 2023 = RM300k Tahun 2024 = RM400k Tahun 2025 = RM530k Kenaikan sebanyak 165% dalam tempoh 5 tahun. Kenaikan dan penurunan harga emas adalah penanda aras kekuatan nilai wang kertas sesebuah negara. Apabila nilai emas meningkat, itu adalah petanda nilai wang kertas semakin lemah. Ini bermaksud, kuasa membelinya semakin kurang. Inilah maksud inflasi yang mencuri nilai wang walaupun semasa ia berada dalam peti besi bank. Inflasi mencuri sewaktu kita tidur. Walaupun 1KG emas adalah sasaran utama, namun ada sasaran terdekat yang boleh kita tetapkan sebagai matlamat. Setiap orang wajib capai matlamat 100gram emas. Kenapa 100gram? Kerana inilah nilai asas yang fleksibel. Nilai 100gram emas adalah sekitar RM50ribu. Nilai ini cukup untuk dijadikan; 1.) Perbelanjaan setahun sekiranya hilang pendapatan. 2.) Downpayment rumah pertama. 3.) Dana pendidikan anak ke universiti. 4.) Dana menunaikan Haji. 5.) Sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Inilah alasan mengapa kita semua wajib berusaha untuk mencapai sasaran simpanan emas. Tetapkan matlamat, pasang impian, usaha dengan disiplin, Insyaallah tidak mustahil untuk capai kejayaan. Shahril Norazmi FMD Public Gold PG00190571 Linktr.ee/ShahrilNorazmi
❤️ 1

Comments