
Public Gold Malaysia
May 16, 2025 at 03:17 AM
Rupanya semalam harga emas turun ke paras RM469 sebelum naik semula ke paras RM482 hari ini.
Saya memang tak perasan harga emas, sebab saya memang tak tengok harga emas.
Nak naik ke, nak turun ke, saya tak ambil tahu. Yang penting setiap bulan saya akan beli ikut bajet saya iaitu RM1,000.
Tapi, tabiat tengok harga ni memang susah nak buang.
Awal saya bermula tahun 2017 dulu memang saya tak lepas tengok harga. Tiap hari dok belek HP check harga emas.
Bila emas naik, saya rasa happy, bila emas turun saya dah risau. Walhal masa tu emas tak sampai pun 5gram dalam akaun GAP.
Kalau naik 100% pun saya tak kaya dengan 5g emas tu. Kalau turun 100% pun, emas tu masih ada dengan saya, tak rugi apa-apa.
Saya ikut pesan mentor emas Tuan Zulkifli Syafie,
"Kita tidak akan kaya dengan 1 dinar walaupun kenaikannya 3-4 kali ganda. Tapi kita akan kaya jika ada 100 keping dinar, walaupun kenaikan cuma sekali ganda"
Prinsip saya, kalau emas naik saya gembira sebab dapat keuntungan daripada pembekal sebelum nya, tapi emas turun pun saya tetap gembira sebab dapat beli emas dengan harga lebih murah.
Matlamat simpanan emas adalah bersifat jangkamasa, perlukan tempoh 10-15 tahun untuk mengumpul emas.
Jadi, fikir-fikirkan. Nak beli emas dengan harga murah, atau harga mahal?
Suka harga emas naik, atau suka harga emas turun?
Faham sesuatu?
Shahril Norazmi
PG00190571
Authorised Dealer
Public Gold
Linktr.ee/ShahrilNorazmi

❤️
1