Cereka

Cereka

293.9K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
May 26, 2025 at 02:47 AM
*Berubat* _oleh Tiya Nisa_ Sudah beberapa kali Saparin meluahkan rasa yang terbuku di hatinya tentang kelakuan Aimy, isterinya yang semakin tidak peduli akan hal keluarga. Tak ubah seperti robot. Bercakap hanya bila perlu. Bila diajak berbual, pelbagai alasan diberi. Diajak keluar pun menolak. Saparin teringat kata-kata Pak Dolah, geng sembang di warung Akob hujung taman. “Aku rasa bini kau tu kena buatan oranglah. Jangan ditunggu lagi. Pergi berubat cepat. Bomoh yang aku kata ni memang terbaik.” Ibu jari tuanya dinaikkan tegak. Kasihan juga dia melihat kawan mengopinya terabai begitu. Saparin nekad untuk mengubat isteri kesayangannya. “Malam ni awak ikut abang keluar jumpa kawan. Lepas maghrib terus siap. Jangan leka melawa,” pesan Saparin kepada Aimy tanpa basa-basi. Isterinya cuma memandang tanpa jiwa. Kosong. Malam itu mereka ke rumah Tok Uteh. “Tok tahu apa masalah kamu. Pulanglah. Jangan dituduh jin. Kamu ni Saparin, jangan kedekut sangat dengan bini. Sudahlah duit belanja pun berkira, habis gaji bini kamu sebat semua. Kalau begini, Firaun pun tepuk dahi.” Tak disangka, rupanya bomoh yang diusulkan Pak Dolah itu adalah bapa saudara isterinya. Tebal muka Saparin menahan malu. Aimy diam. Lega ada yang membela.
😂 👍 ❤️ 🤣 😮 😢 🙏 💩 🙂‍↔ 🫦 322

Comments