Cereka

Cereka

291.4K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
May 31, 2025 at 06:46 AM
*Bulan* _oleh Qurniaan JiWa_ Dua malam berturut-turut, anaknya itu akan duduk di beranda sehingga subuh mempamerkan rupa tak beriak. Seingat Jijah, keanehan itu bermula selepas anaknya pulang dari bercuti. Namun, Jijah tidak pula bertanya. Dia sekadar mengancing lisan. Jijah lelah mahu bersoal jawab. Apatah lagi, dia akan tidur pada pukul 9.30 malam dan bangun untuk bersolat sunat pada pukul 4.00 pagi. Pada waktu itulah dia dapat melihat pintu rumahnya terpelangah dan anaknya merenung ke gelita langit. Entahkan mengukur bulan atau menghitung bintang? Aneh sekali perlakuan anaknya itu. Malam ini, Jijah mahu bersemuka. Keanehan perlu dibongkarkan. “Kalau ada masalah, cerita dengan ibu. Dua malam kamu berembun. Bimbang pula kalau tersampuk dek hantu,” tegur Jijah. “Soleh tengah menunggu ini, bu.” “Siapa pula yang nak datang pagi-pagi ini? Ish, kamu jangan macam-macam, Soleh!” “Kawan Soleh cakap, kalau mahu kaya kena tunggu bulan jatuh ke riba.” Jijah pasrah. Mungkinkah dia yang kurang pintar atau anaknya yang terlalu cerdik?
😂 👍 ❤️ 🤦‍♀ 😮 🙏 💸 😭 😢 🤣 261

Comments