Cereka

Cereka

293.9K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
June 4, 2025 at 02:21 AM
*Tujuh* _oleh Dinnaz_ “Nah, makan kismis ni! Ambil tujuh biji.” Abang menyerahkan kismis kepada adiknya. “Kenapa tujuh? Nak sepuluh tak boleh ke?” Adik bertanya penuh tanda tanya. “Adik nak tahu tak? Tujuh ni nombor spesial!” Abang tersenyum sambil mengangkat kening, mencetuskan rasa ingin tahu kepada adiknya. “Kenapa pula?” tanya adik yang tak sabar menunggu jawapan. “Cuba abang tanya adik, pelangi ada berapa warna?” Soalan adiknya tidak dijawab, sebaliknya dia melontarkan soalan semula kepada adiknya. “Tujuh!” pantas sang adik menjawab. Abang tersenyum. “Betul! Banyak benda dalam dunia ni berkait dengan nombor tujuh. Tujuh hari dalam seminggu, tujuh petala langit dan bumi, tujuh ayat dalam surah al-Fatihah….” Abang kemudian menyambung, “Macam yang disebut dalam surah al-Talaq, ayat 12, ‘Allah menciptakan tujuh petala langit dan bumi. Perintah-Nya berlaku di antara keduanya, supaya kamu mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan ilmu-Nya meliputi segalanya’.” Adik mengangguk, matanya bersinar-sinar memahami ilmu baharu yang disampaikan oleh abangnya itu. “Oh, jadi tujuh ni memang istimewa?” “Ya. Adik pernah dengar cerita pasal Nabi Yusuf?” Adik diam seketika, cuba memerah otaknya. “Adik tak ingatlah. Kenapa dengan cerita tu?” “Hah, kisah Nabi Yusuf pun ada disebut tentang tujuh ekor lembu gemuk dan kurus dalam mimpi raja Mesir.” Abang menceritakan inti daripada surah Yusuf ayat ke-43. “Oh... adik baru tahu. Nanti abang ceritalah pasal Nabi Yusuf ni dekat adik!” ujar budak itu, teruja. “Tak ada masalah!” Abang menunjukkan simbol bagus dengan jarinya. Tidak semena-mena, adik tersenyum nakal. “Abang, kalau tujuh tu istimewa sangat… abang kena bagi adik duit raya tujuh ringgitlah nanti!” Abang hanya menggeleng, menepuk dahi sambil tertawa. Ada-ada sahaja kerenah adiknya yang cerdik ini. Tidak pernah dia melepaskan peluang untuk meminta sesuatu.
😂 ❤️ 👍 🤍 🙏 😮 😢 🤣 7️⃣ 272

Comments