Cereka

Cereka

293.9K subscribers

Verified Channel
Cereka
Cereka
June 7, 2025 at 02:50 AM
*Air Mata Jatuh Ke Perut* _oleh Mohd Hafiz bin Abdullah Saini_ Semua mengatakan aku gila. Tidak ada sesiapa pun mengatakan aku ini seorang yang siuman apabila aku dengan yakin mengatakan bahawa aku terdengar buana ini menangis dan merintih. Saban waktu, tangisan buana semakin jelas kedengaran. “Jagat ini menangis kerana ramai manusia tanpa segan silu melakukan dosa.” Bukan sahaja mereka mengatakan aku ini gila, malahan mereka mentertawakan aku. Lebih dahsyat lagi, mereka semakin berani membaling beberapa biji batu kecil, ketulan tanah dan najis ke arahku. Sewaktu mereka menjangkau sehabis tangan, dengan takdir Malikulmanan, pada tika itulah ribut dan gempa berlaku. Mereka bertempiaran lari. Walakin begitu, langkah mereka menjadi perlahan akibat kederasan angin yang membedal. Akhirnya, mereka semua ditelan tanah dan jagat yang merekah. Aku yang melihat kejadian tersebut hanya mampu mengucap istighfar. Aku benar-benar sedih dan kecewa bak menjilat keluan bagaikan kerbau kerana tidak mampu menasihati mereka ke arah amar makruf nahi mungkar. Hatiku diselubungi retak pertujuh. Merindui kekuasaan dan keagungan Malikulmanan. Aku bersyukur kerana aku terlepas daripada bala ini. Ribut, gempa, taufan, tsunami atau apa-apa sahaja bala yang diturunkan, itulah tangisan alam buana. Akan tetapi, seiring nafas menghanyut usia, suatu ketika nanti aku juga tidak boleh terlepas daripada kematian. Mati itu pasti. Selagi hidup, takdir ialah teka-teki yang tidak ada penghujungnya.
❤️ 👍 😢 😮 🙏 😂 👨‍❤‍👨 💩 232

Comments