
Info Rasmi Fakulti Undang-undang
May 19, 2025 at 07:15 AM
[πππ₯ππ ππ ππππ‘π πππ₯πππ¬π π£ππ₯π¨π‘πππ‘π: π¦π£π₯π ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacitanya, PERUNDANG dengan kerjasama Pejabat Speaker Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) akan mengadakan program Ceramah Cakna Kerjaya PERUNDANG: SPRM. Ceramah istimewa ini memberi peluang kepada semua pelajar mengenali agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Melalui program ini, peserta akan mengenali lebih lanjut berkenaan struktur organisasi dan fungsi SPRM, realiti dan cabaran kerjaya dalam bidang pencegahan rasuah serta kepentingan integriti dalam budaya pekerjaan kelak.
Butiran program adalah seperti berikut:
πTarikh: 21 Mei 2025 (Rabu)
πMasa: 12.15 tengah hari - 2.30 petang
πTempat: Dewan Kuliah 2, Fakulti Undang-Undang, UKM
Kepada pelajar yang berminat, sila daftar melalui pautan di bawah:
π https://forms.gle/PjzivBPpSSPwQKjE7
Semua pelajar yang berkelapangan digalakkan untuk turut serta dalam program ini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
π±Irfan Akmal: 011-23035730
π±Nazhif Afieq: 019-2322205
Sekian, terima kasih.
*_βIlmu, Amal, Adilβ_*
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
PERUNDANG
SESI 2024/2025
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA