
Info Rasmi Fakulti Undang-undang
May 26, 2025 at 06:19 AM
*[JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MENTOR MENTEE SESI 2024/2025]*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan *Program Mentor Mentee Sesi 2024/2025*. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah di samping memberi pendedahan berkaitan hal ehwal akademik dan kemahiran insaniah.
Maklumat program adalah seperti berikut:
📍 Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu)
📍 Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Fakulti Undang-Undang, UKM
Kehadiran *semua pelajar Fakulti Undang-Undang adalah diwajibkan*.
Sehubungan itu, pelajar di minta untuk berpakaian kemas dan sopan mengikut kesesuaian program. Senarai nama mentor mentee juga akan dilampirkan dibawah.
Kerjasama dan kehadiran anda amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
*_”Ilmu, Amal, Adil”_*
PERUNDANG
SESI 2024/2025
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA