Info Rasmi Fakulti Undang-undang
Info Rasmi Fakulti Undang-undang
May 29, 2025 at 04:02 AM
[MOCK INTERVIEW PERUNDANG 2025] Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan segala hormatnya, PERUNDANG menjemput pelajar Fakulti Undang-Undang UKM untuk menyertai Mock Interview Programme 2025, sebuah program yang bertujuan memberikan pendedahan awal kepada suasana temu duga sebenar serta meningkatkan persediaan pelajar untuk menghadapi temuduga latihan industri dan pekerjaan. Pelajar akan ditemu duga secara langsung oleh wakil-wakil firma guaman yang berpengalaman, termasuk Zul Rafique & Partners, Rosli Dahlan Saravana Partnership dan Tan Norizan & Associates. Maklumat program adalah seperti berikut: Tarikh: Sabtu, 14 Jun 2025 Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang Tempat: Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia Setiap peserta akan melalui sesi temu duga selama 15 minit diikuti dengan sesi maklum balas selama 5 minit. Program ini memberi peluang eksklusif kepada pelajar untuk menilai tahap kesiapsiagaan mereka dari sudut penyampaian, keyakinan, dan penguasaan ilmu undang-undang melalui interaksi profesional sebenar. Seramai 21 orang pelajar akan dipilih untuk menyertai program ini. Penyertaan adalah berdasarkan prinsip first come, first served, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar Tahun 4. Peserta wajib menyerahkan CV dalam format PDF semasa pendaftaran. Sekiranya berminat, pelajar boleh mendaftar melalui pautan berikut: https://forms.gle/UR4MGmk42hBkG4te8 Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 📱 Najib: +6011-2413 7308 📱 Amani: +60 12-301 8774 *_“Ilmu, Amal, Adil”_* EXCO AKADEMIK DAN KEPIMPINAN PERUNDANG, SESI 2024/2025 FAKULTI UNDANG-UNDANG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Comments