Info Rasmi Fakulti Undang-undang
Info Rasmi Fakulti Undang-undang
June 11, 2025 at 06:05 AM
[FINISHING SCHOOL FAKULTI UNDANG-UNDANG BERSAMA UKM-KARIER] Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan segala hormatnya, PERUNDANG menjemput pelajar Fakulti Undang-Undang UKM untuk menyertai program Finishing School Fakulti Undang-Undang Bersama UKM-Karier, sebuah program anjuran PERUNDANG yang bertujuan memberikan pendedahan awal kepada persediaan pelajar sebelum menjalani latihan industri dan pekerjaan. Pelajar akan didedahkan kepada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dan juga Klinik Resume yang akan membantu para pelajar dalam penyediaan sebelum menjalani proses temuduga dan pencarian pekerjaan. Maklumat program adalah seperti berikut: Tarikh: 13 Jun 2025 (Jumaat) Masa: 3.00 petang – 5.00 petang Tempat: Auditorium, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia Para peserta berpeluang untuk mendengar taklimat dan perkongsian daripada Pegawai Psikologi Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier), Cik Nur Nasya Aqilah. Penyertaan adalah berdasarkan prinsip ‘first come, first served’, dengan diberikan keutamaan khususnya kepada pelajar Tahun 3 dan Tahun 4. Sekiranya berminat para pelajar boleh mendaftar melalui pautan berikut: https://forms.gle/D1nQFsbKyCRkHEk86 Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 📲 Najib Zulkifly: 011-2413 7308 📲 Amani Izzati: 012-301 8774 Sekian, terima kasih. *_”Ilmu, Amal, Adil”_* *EXCO AKADEMIK & KEPIMPINAN,* PERUNDANG UKM, SESI 2024/2025, FAKULTI UNDANG-UNDANG, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Comments