INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
May 16, 2025 at 07:08 AM
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. JUMAAT | 16 MEI 2025 | KEBAJIKAN *HASIL DAPATAN PEMERIKSAAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA PILAH* Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah telah menerima aduan daripada pelajar mengenai kebersihan makanan dan kawasan sekitar di Anjung Sri Perpatih dan kami telah membuat satu aduan rasmi kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah. Sehubungan itu, pihak PKD Kuala Pilah telah menjalankan tinjauan dan pemeriksaan di sekitar Anjung Sri Perpatih pada jam 10.00 pagi. Berikut merupakan hasil dapatan daripada tinjauan dan pemeriksaan tersebut: 1. Punca penutupan premis adalah disebabkan tahap kebersihan premis yang tidak memuaskan dan kerosakan sistem perpaipan di sekitar kawasan anjung. 2. Kerosakan sistem perpaipan menyebabkan longkang dan paip tersumbat yang menimbulkan bau kurang menyenangkan di sekitar kawasan anjung. 3. Penutupan sementara telah diarahkan oleh pihak PKD Kuala Pilah bagi memberi ruang kepada pihak premis dan pengurusan fasiliti untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan. 4. Pembukaan semula premis di anjung akan dilakukan setelah pemeriksaan lanjut oleh pihak PKD Kuala Pilah selepas tempoh penutupan sementara ini. 📞Sebarang pertanyaan sila hubungi: *MPP Nik*: 011-39824507 *SMPP Akmal*: 019-7299965 Sekian, terima kasih. "𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵" *EXCO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT MAHASISWA* *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #mppperkasa #mesrasiswa #championstudent #uitmcawangann9 #uitmkampuskualapilah
🙏 1

Comments