
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
May 16, 2025 at 11:12 AM
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Salam Malaysia MADANI.
JUMAAT | 16 MEI 2025 | UMUM
*UCAPAN SELAMAT HARI GURU 2025*
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2025 buat semua insan yang bergelar guru, pensyarah dan seluruh tenaga pengajar di Malaysia.
Tema “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” membawa maksud bahawa guru memainkan peranan penting sebagai tulang belakang dalam usaha mentransformasikan sistem pendidikan negara. Ia menggambarkan bahawa guru bukan hanya berfungsi sebagai penyampai ilmu semata-mata, malah turut berperanan sebagai agen pembaharuan yang mendorong perubahan dalam aspek dasar pendidikan, pendekatan pengajaran, serta budaya pembelajaran yang lebih dinamik dan berorientasikan masa depan.
Sekian, terima kasih.
"𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵"
*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Sesi 2024/2025
#mppperkasa
#mesrasiswa
#championstudent
#uitmcawangann9

😂
1