
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
May 18, 2025 at 08:01 AM
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM diHatiku,
Salam Malaysia MADANI.
AHAD | 18 MEI 2025 | PEMAKLUMAN
*PENGALIHAN JUALAN PELAJAR DI BAWAH BLOK KOLEJ KEDIAMAN KE MPP MART*
Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (*MPP*) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (*JPK*) mendapat makluman daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (*KKM*) untuk mengalihkan makanan yang dijual di bawah blok kolej kediaman ke tempat yang lebih sesuai atau meletakkan makanan di tempat yang lebih tinggi.
Hal ini kerana faktor kebersihan jualan para pelajar yang berkemungkinan besar terdedah kepada perkara-perkara yang akan membahayakan kesihatan pelajar. Inisiatif ini juga diambil untuk menjaga kebajikan para pelajar yang menjual barangan di bawah blok kolej kediaman. Oleh itu, semua barangan jualan hendaklah diletakkan di MPP Mart pada *Ahad - 18 MEI 2025* pada jam *4 petang*.
Jika pelajar tidak dapat melaksanakan seperti yang diarahkan, pelajar hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk meletakkan makanan di tempat yang lebih tinggi seperti meletakkan meja di hadapan tangga di setiap blok bagi mengelakkan tindakan diambil oleh pihak *Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)*.
Diminta juga kepada semua pelajar yang menjual makanan di bawah blok kolej kediaman untuk menyertai pautan _group Whatsapp_ yang telah disediakan bagi memudahkan sebarang komunikasi:
📞https://chat.whatsapp.com/GOrXAr1GcunLJTwccvxEYA
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 *MPP IRSYAD* : 0172442412
📞 *SMPP AFIQ* : 01125840424
Sekian, terima kasih.
"𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵"
*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah
Sesi 2024/2025
#mppperkasa
#mesrasiswa
#championstudent
#uitmcawangann9
#uitmkampuskualapilah
❤️
😂
2