
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
May 21, 2025 at 12:03 AM
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Salam Malaysia MADANI.
RABU | 21 MEI 2025 | UMUM
*KEMPEN SAHSIAH RUPA DIRI (SRD) PELAJAR UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN KAMPUS REMBAU*
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau sesi 2024/2025 ingin memaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Polis Bantuan serta pegawai/staf tatatertib yang dilantik akan melaksanakan Kempen Sahsiah Rupa Diri (SRD) sebagai langkah penguatkuasaan terhadap pematuhan etika sahsiah dan penampilan diri mahasiswa/i UiTM.
Sepanjang tempoh penguatkuasaan ini, kompaun sebanyak RM50 tanpa kompromi akan dikenakan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan seperti berikut:
1. Pelanggaran Sahsiah Pelajar UiTM (Kaedah 6 – Jadual Kedua, Akta 174)
- Contoh: rambut panjang/diwarnakan, pemakaian seluar jeans lusuh (walaupun baharu), baju tidak berkolar, bertindik di muka, bertatu dan lain-lain.
2. Tidak membawa atau mempamerkan Kad Pelajar (Kaedah 25 – Jadual Kedua, Akta 174)
Oleh itu, diharapkan semua pelajar cakna atas pemakluman ini dan sentiasa mematuhi SRD ketika berada di kawasan kampus. Kerjasama anda amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Rembau
Sesi 2024/2025
#mppperkasa
#mesrasiswa
#championstudent
#uitmcawangann9
#uitmkampusrembau