INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
May 21, 2025 at 06:28 AM
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. RABU | 21 MEI 2025 | PROGRAM *KURSUS MICROSOFT EXCEL* Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Diploma Pengurusan Halal (PDPH) akan menganjurkan Kursus Microsoft Ecxel khas untuk semua pelajar UiTM Kampus Kuala Pilah, terutamanya yang bakal menjalani latihan industri. Program akan diadakan pada ketetapan berikut: 🗓️ *Tarikh*: 25 Mei 2025 (Ahad) 🕝 *Masa*: 8:30 pagi - 4:00 petang 📍 *Tempat*: Makmal Komputer 3, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah 💵 *Yuran Penyertaan*: RM 10 seorang 🔗 *Link Penyertaan*: https://forms.gle/fz6kQUxFgawSMY9v5 📌 Manfaat kursus: - Memberi pendedahan kepada fungsi penting Excel yang sering digunakan dalam dunia pekerjaan sebenar. - Sangat membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan semasa latihan industri dan kerja-kerja berkaitan data. - Peserta akan didedahkan dengan penggunaan formula, carta, pengurusan data serta analisis asas menggunakan Excel. 🎟️ *E-merit disediakan*. 📜 E-sijil akan disediakan kepada semua peserta. 🍽 Makan pagi & tengah hari turut disediakan. ❗ Tempat adalah terhad kepada *30 orang peserta* sahaja. Jangan lepaskan peluang yang menarik ini! Sekian, terima kasih. "𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵" *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah Sesi 2024/2025 #mppperkasa #mesrasiswa #championstudent #uitmcawangann9 #uitmkampuskualapilah
Image from INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025: Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Mala...

Comments