INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
May 23, 2025 at 04:08 AM
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. JUMAAT | 23 MEI 2025 | PEKELILING *PERMOHONAN E-MERIT BAGI PENGANJURAN PROGRAM KELAB/PERSATUAN DI BAWAH KELULUSAN BHEP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN* Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menetapkan penggunaan sistem e-Merit bagi menggantikan penggunaan kupon aktiviti sebagai sistem pengiraan merit aktiviti pelajar untuk permohonan Kolej Kediaman. Sebagaimana yang dimaklumkan semasa Taklimat Kursus Pengurusan Organisasi (KPO), semua organisasi pelajar boleh membuat permohonan e-Merit hanya untuk program yang telah mendapat kelulusan BHEP. Kriteria pengiraan e-Merit adalah seperti berikut: * 75%: Aktiviti anjuran Universiti, BHEP, dan Kolej Kediaman * 25%: Aktiviti anjuran Kelab/Persatuan Justeru, permohonan e-Merit bagi program kelab/persatuan yang diluluskan oleh BHEP boleh dihantar terus ke Pejabat BHEP Kampus masing - masing. Untuk makluman, bagi aktiviti yang mendapat kelulusan daripada HEA atau Fakulti, permohonan e-Merit hendaklah dikemukakan terus kepada pejabat HEA/Fakulti masing-masing. 📎 Dilampirkan bersama memo ini ialah Borang Permohonan E-Merit untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak tuan/puan. Kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai. 📱Sebarang pertanyaan boleh hubungi: *MPP ADRIANA* (Rembau): 019-7810776) *MPP SYLVESTER* (Kuala Pilah): 014-977 5996 *MPP DINI* (Seremban): 012‑646 6279‬ Sekian, terima kasih. "𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵" *EXCO PEMBANGUNAN MAHASISWA* *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2024/2025 #mppperkasa #mesrasiswa #championstudent #uitmcawangann9
Image from INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025: Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Mala...
😢 😮 2

Comments