INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
May 28, 2025 at 02:12 PM
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. RABU | 28 MEI 2025 | PROGRAM *JEMPUTAN PROGRAM _NEXUS_ @ UiTMCNS: _MYFUTUREJOBS GRADUATE CAREER DAY_* Merujuk perkara di atas, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni dengan kerjasama Unit Psikologi & Kaunseling, BHEP menjemput *semua pelajar tahun akhir* UiTM Kampus Seremban untuk menyertai *Program _MYFutureJobs Graduate Career Day_* di bawah anjuran _Industry Nexus_ @ UiTMCNS yang akan diadakan seperti berikut: 📅 *Tarikh*: 29 Mei 2025 (Khamis) ⏰ *Masa*: 9:00 AM - 1.00 PM 📍 *Lokasi*: Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR), Kampus Seremban Program ini merupakan satu *sesi temuduga bersasar* yang menawarkan peluang *latihan industri* kepada pelajar tahun akhir. *BONUS* kepada calon yang berjaya, anda berpeluang mendapat penempatan pekerjaan setelah tamat pengajian. Para pelajar diingatkan untuk membuat persiapan sebelum menghadiri sesi temu duga seperti: ✅ Membawa Resume atau CV yang terkini ✅ Membawa sijil-sijil penyertaan/penghargaan yang berkaitan ✅ Memakai pakaian formal dan kemas ✅ Mengisi borang pengecualian kuliah dan mendapatkan kelulusan pensyarah yang mengajar _SENARAI MAJIKAN DAN JAWATAN KOSONG DINYATAKAN DI DALAM POSTER_ Jumpa anda di sana! ✨ Sekian, terima kasih. "𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵" *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Sesi 2024/2025 #mppperkasa #mesrasiswa #championstudent #uitmcawangann9 #uitmkampusseremban
Image from INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025: Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Mala...
❤️ 😢 2

Comments