
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
June 2, 2025 at 07:08 AM
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Salam Malaysia MADANI.
ISNIN | 2 JUN 2025 | UMUM
*MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG KASIH SERTA MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN RASMI TUANKU*
Merujuk perkara di atas, kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan sesi 2024/2025 ingin merafak sembah dan menjunjung kasih serta merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.
Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta terus memayungi seluruh rakyat Malaysia dengan keadilan, kebijaksanaan dan kasih sayang.
Sembah takzim daripada kami, barisan MPP UiTM Cawangan Negeri Sembilan Sesi 2024/2025, serta seluruh warga UiTM.
*DAULAT TUANKU*
Sekian, terima kasih.
"𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵"
*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Sesi 2024/2025
#mppperkasa
#mesrasiswa
#championstudent
#uitmcawangann9

❤️
👍
2