
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
June 9, 2025 at 11:19 AM
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku,
Salam Malaysia MADANI.
ISNIN | 9 JUN 2025 | UMUM
*UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN BAS DI JALAN JELI - GERIK*
Merujuk perkara di atas, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan sesi 2024/2025 ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam atas insiden tragis melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah terkorban dalam kemalangan bas di Jalan Jeli - Gerik, Perak.
Doa kami sentiasa mengiringi keluarga mangsa agar terus tabah dan sabar dalam menempuh saat-saat penuh kedukaan ini.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sekian, terima kasih.
"𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵"
*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Sesi 2024/2025
#mppperkasa
#mesrasiswa
#championstudent
#uitmcawangann9

😢
👍
25