INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025
June 13, 2025 at 01:01 PM
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku, Salam Malaysia MADANI. JUMAAT | 13 JUN 2025 | KEBAJIKAN *TINJAUAN AWAL KEMASUKAN PERKHIDMATAN GRAB KE DALAM UITM SEREMBAN 3* Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kini sedang menjalankan satu tinjauan awal berkaitan cadangan membenarkan perkhidmatan Grab untuk masuk ke dalam kawasan UiTM. Inisiatif ini bertujuan untuk menilai tahap keperluan serta kesesuaian pelaksanaan perkhidmatan _e-hailing_ seperti Grab sebagai salah satu alternatif pengangkutan bagi warga kampus. Kami menyedari bahawa isu mobiliti dan akses pengangkutan dalam kampus sering menjadi kebimbangan pelajar, terutamanya bagi yang tidak memiliki kenderaan sendiri atau perlu bergerak ke lokasi tertentu dalam masa yang singkat. Oleh itu, tinjauan ini bertujuan membantu pihak MPP memahami pandangan, kebimbangan, serta cadangan pelajar terhadap perkhidmatan ini bagi tujuan perlaksanaan inisiatif yang bersesuaian. 📌 Pelajar yang terkesan diminta mengisi maklumat melalui pautan _Google Form_ di bawah dengan tepat dan lengkap Pautan Tinjauan: 🔗 https://forms.gle/ZzLJYyKPstk4MUM7A Sebarang permasalahan, boleh hubungi : 📞 *SMPP Chi*: 018-2334522 📞 *SMPP Wena*: 012-2270979 Sekian, terima kasih. "𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑰𝑵𝑻𝑬𝑮𝑹𝑰𝑻𝑰, 𝑴𝑬𝑴𝑩𝑬𝑵𝑻𝑼𝑲 𝑳𝑬𝑮𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑨𝑷𝑨𝑵" *MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR* UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Sesi 2024/2025 #mppperkasa #mesrasiswa #championstudent #uitmcawangann9 #uitmkampusseremban
Image from INFO MPP UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SESI 2024/2025: Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku,  Salam Mal...
👍 🙏 4

Comments