
MyCommunityNews
June 10, 2025 at 02:04 AM
*10.06.2025 , SELASA*
*BERANI BONGKAR, SPRM TEGAS SIASAT KES SELEWENG DANA NEGARA*
Penyelewengan dana negara bukan sekadar merugikan kewangan awam, malah menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi negara. Kes-kes penyelewengan yang membabitkan projek mega dan dana bantuan rakyat ini memperlihatkan bagaimana kuasa dan kedudukan disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Hasilnya, pembangunan tergendala, rakyat menjadi mangsa dan sistem menjadi pincang.
Antara kes profil tinggi yang dibongkar SPRM termasuk penyelewengan dana sukuk projek lebuhraya mencecah RM143 juta kerugian yang sepatutnya digunakan untuk kemudahan awam. Tidak kurang juga kes penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat (UTM) bernilai RM84 juta yang disalah guna untuk kepentingan peribadi, serta penipuan dalam Dana Insentif PERKESO (RM10 juta) dengan suspek utama, Muhammad Adlan (menantu PM8). Satu lagi kes melibatkan Dana Keluarga Malaysia juga dikaitkan dengan salah guna peruntukan oleh PM9, DS Ismail Sabri untuk tujuan kebajikan rakyat.
Tahniah SPRM atas ketegasan dan konsistensi dalam membongkar kes-kes berprofil tinggi ini. Siasatan terhadap golongan ternama bukanlah tugas yang mudah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang berpengaruh. Meskipun begitu, tindakan berani dan tegas ini harus diteruskan demi membersihkan sistem serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi negara.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/194kStFwY4/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DKs9yoBT2AI/?igsh=MXA3ZjhweGxydHBxcg==
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1932256009160151542?t=wpMAMM1_AYJoTmR69j9QVA&s=19
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkfvTe34/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1670
#mycommunitynews
#madanibekerja
#selewengdananegara
#kesberprofiltinggi
#sprmbertanggungjawab