MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 10, 2025 at 08:08 AM
*10.06.2025 , SELASA* *HAWANA 2025: FOKUS ETIKA DAN AI DALAM MEDIA* Kini, penggunaan judul berita yang sensasi dan memancing perhatian semakin meluas dalam dunia media sosial. Namun, permasalahan timbul apabila clickbait yang digunakan tidak menggambarkan keseluruhan laporan, menimbulkan salah faham lalu menghakis kepercayaan orang awam terhadap media. Pensyarah Teknologi Media dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Siti Syamsul Nurin Mohmad Yazam menyifatkan penggunaan clickbait sebagai satu fenomena yang sukar dielakkan memandangkan agensi media hari ini terpaksa bersaing untuk terus berdiri teguh dalam industri media yang semakin kompetitif. Selari dengan asas kewartawanan, pihak media atau wartawan warga diingatkan supaya mengambil kira nilai dan ketepatan maklumat yang disampaikan, memastikan judul berita masih berkait dengan kandungan berita selain bertanggungjawab terhadap impak kandungan yang disebarkan. Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teknologi Media dan Komunikasi UUM, Dr. Azahar Kasim, clickbait bukanlah format kewartawanan sebenar, sebaliknya wartawan diajar untuk memberikan tajuk yang tepat berdasarkan perenggan pertama berita, bukan diputar belit untuk meraih perhatian pembaca. Berhubung perubahan yang ingin dilihat dalam landskap media semasa, Azahar menyeru pengamal media menerima kemunculan Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan berita tanpa bergantung sepenuhnya kepada teknologi itu, manakala Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun ini membawa tema “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika". *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/19EVMrsXPj/ *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DKtmokPT5rd/?igsh=MWZqa2t3aGNrZzc3Nw== *X* https://x.com/MyCommuNews0624/status/1932347261725663237?t=3duUwV9gBEjgVDH6joTXLA&s=19 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkPah3FE/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1674 #mycommunitynews #patuhietikakewartawanan #kecerdasanbuatan #hawana2025

Comments