
MyCommunityNews
June 13, 2025 at 07:03 AM
*13.06.2025 , JUMAAT*
*MOT BAKAL LANCAR SISTEM PANGKALAN DATA, ELAK PEMANDU BAS BERMASALAH*
Kementerian Pengangkutan (MOT) bakal melancarkan sistem pangkalan data pemandu bas ekspres dan persiaran, lengkap dengan rekod lampau bagi meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam darat.
Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke menjelaskan, sistem yang bakal dibangunkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu akan didatangkan dengan fitur yang membolehkan syarikat bas menilai kelayakan dan pemandu sebelum mereka diambil bekerja.
Menurutnya lagi, sistem itu merupakan penambahbaikan daripada sistem sekarang yang ketiadaan pangkalan data yang mengintegrasikan maklumat semua pemandu bas selain tiada simpanan rekod lampau oleh syarikat bas yang menggaji mereka.
Perkara itu diumumkan pada sidang media bersama Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada Rabu, susulan kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Isnin lalu.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/r/16QFPmZ1pP/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/reel/DK1BpyBJ_wr/?igsh=MXRmYXA5OGNidHowaA==
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1933390635354239085?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkHKwvoy/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1690
#mycommunitynews
#mcn
#tragedigerik
#doauntukupsi
#mot
#apad