
MyCommunityNews
June 14, 2025 at 02:09 AM
*14.06.2025, SABTU*
*KECAMAN TERHADAP PEMBANGKANG (PN) DALAM ISU YUSOFF RAWTHER*
1. Pihak pembangkang khususnya Perikatan Nasional (PN) sekali lagi mendedahkan sikap hipokrit dan 'double standard' mereka dalam isu Yusoff Rawther. Dari satu sisi, PN kerap mendakwa sebagai pejuang agama dan umat Islam, tetapi di sisi lain mereka berdiam diri atau secara halus menyokong individu seperti Yusoff Rawther yang pernah menyatakan sokongan terbuka kepada Israel serta mempersenda perjuangan rakyat Palestin.
2. PN sering menjadikan isu Palestin sebagai modal politik untuk menyerang kerajaan, tetapi apabila melibatkan penyokong Israel seperti Yusoff Rawther, mereka memilih untuk tutup mata. Ini membuktikan bahawa perjuangan PN bukanlah atas dasar prinsip, tetapi sekadar retorik kosong untuk mengejar kepentingan politik.
3. Kerajaan Malaysia konsisten dalam pendiriannya menyokong Palestin dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan pro-Israel. Namun, jika mana-mana pemimpin atau penyokong PH-BN didakwa membuat kenyataan sedemikian, pasti laju sahaja kecaman daripada mereka dan semestinya demonstrasi besar-besaran akan diadakan. Anehnya, apabila Yusoff individu yang pernah menghina umat Islam dan membela Israel, PN berdiam diri. Di manakah konsistensi dan prinsip mereka?
4. Ini menunjukkan PN sanggup bekerjasama dengan mana-mana individu, termasuk yang anti-Islam dan pro-Israel, asalkan dapat menjatuhkan kerajaan. Ini menunjukkan bahawa bagi mereka, kuasa lebih penting daripada solidariti umat Islam.
5. PN tidak layak mendabik dada sebagai pembela agama dan Palestin jika mereka masih memberikan ruang kepada penyokong Zionis seperti Yusoff Rawther. Rakyat perlu sedar akan permainan hipokrit ini dan menolak politik dendam yang mengorbankan prinsip hanya untuk kepentingan jangka pendek.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/v/1CSSJ29jit/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/reel/DK3RaLTJzmA/?igsh=MTJ1bjB0ZXVxZjkxNA==
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1933707594549637615?t=nEeNJFC5ByeuvFTtRe7dfg&s=08
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkxCJKPJ/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1692
#mycommunitynews
#mcn
#hentikanhipokrasipn
#pnproisrael?
#tunggangyusoffrawther