
MyCommunityNews
June 14, 2025 at 09:31 AM
*14.06.2025, SABTU*
*PERANCIS IKTIRAF MALAYSIA SEBAGAI PENERAJU INOVASI, TRANSFORMASI DIGITAL ASIA TENGGARA*
Perancis mengiktiraf Malaysia sebagai negara peneraju dalam bidang inovasi, transformasi digital dan pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) penuh beretika di Asia Tenggara, sebagaimana pujian dizahirkan Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau atas komitmen jitu Malaysia dalam memperkukuh kedudukannya di rantau ini.
Cruau berkata, Sidang Kemuncak AI ASEAN dan Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos dan 17 hingga 19 September 2025 akan menjadi platform yang mengutuhkan kerjasama Malaysia-Perancis dalam bidang AI, teknologi hijau, kesihatan, keterlibatan wanita dalam teknologi dan pembangunan bakat.
Sementara itu, Ketua Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), Shamsul Izhan Abdul Majid berkata, ekosistem pemula Perancis, Station F menjadi rujukan NAIO dalam mewujudkan laluan inovasi rentas sempadan bagi beberapa sektor penting yang akan memacu kemajuan kedua-dua negara, seperti sektor kesihatan, pengangkutan, pertanian, pendidikan, perkhidmatan awam dan keusahawanan mikro.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/v/1NKCaACVpY/
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/reel/DK4EVDFpTnM/?igsh=eTVoZGNpbmtxMXc3
*X*
https://x.com/MyCommuNews0624/status/1933817941436559599?t=jeaa-hi99CBmEcYWOtygAA&s=08
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkQBJoM3/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1696
#mycommunitynews
#mcn
#kerajaanmadani
#madanibekerja
#kerjasamamalaysiaperancis
#diplomasiantarabangsa