MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 16, 2025 at 01:24 AM
*16.06.2025 , ISNIN* *MAJLIS MEDIA MALAYSIA (MMM) DIMUKTAMADKAN, DIJANGKA PERKASA LANDSKAP KEWARTAWANAN NEGARA* Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan, Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) telah pun dimuktamadkan, menjadi detik penting ke arah pemerkasaan landskap media dan kewartawanan negara. Menurutnya, Lembaga Pengasas itu akan dianggotai 12 orang dengan empat orang wakil bagi setiap kategori, melibatkan kategori syarikat media, kategori persatuan media, pengamal media dan pengamal media bebas serta kategori ahli bukan media. Perkara itu akan diumumkan oleh pihak MMM sendiri dalam masa terdekat. Fahmi sebelum ini melaporkan, bermula pertengahan tahun ini, MMM akan berperanan sebagai badan kawal selia kendiri yang memastikan etika, standard profesional kewartawanan dipatuhi selain melindungi kebebasan media. Inisiatif ini adalah satu bentuk usaha Kerajaan MADANI untuk memperkukuh integriti kewartawanan serta memelihara hak masyarakat terhadap akses maklumat yang sahih dan beretika. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/16Wz8F5jbg/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DK8OIysTrl_/?igsh=MWZlZjlrMWkwaGE0ZQ== *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1934402505825485278?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSk4jEoMJ/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1703 #mycommunitynews #mcn #kerajaanmadani #madanibekerja #majlismediamalaysia #kewartawanannegara #hawana2025

Comments