MyCommunityNews
MyCommunityNews
June 17, 2025 at 12:11 AM
*17.06.2025 , SELASA* *MALAYSIA TEGAS PERTAHAN PRINSIP KEDAULATAN SEMUA NEGARA TERMASUK IRAN* Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia terus konsisten dan tegas mempertahankan prinsip dan hak kedaulatan semua negara, termasuk Iran yang diserang Israel baru-baru ini, kata Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ketika berucap pada Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak pada Ahad, beliau juga menyentuh daya ketahanan Iran yang terus membina kekuatan sendiri dalam segenap aspek termasuklah ketenteraan, pembangunan penyelidikan dan kecerdasan buatan (AI) meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi berpanjangan. Menurut Perdana Menteri, tindakan Iran menyerang balik Israel dengan misil anti-ballistic adalah satu pendekatan yang wajar, mengkritik pendirian majoriti negara Eropah yang tidak bersetuju dengan serangan balas Iran. Katanya lagi, pimpinan Kerajaan MADANI sentiasa berpegang kepada prinsip membela hak dan mempertahankan semua negara dan dalam konteks ini, Malaysia terus berpihak kepada Iran. *JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️* *** 👍🏻💬📢 *** *_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_* *FACEBOOK* https://www.facebook.com/share/p/1B1NSaj6uB/?mibextid=wwXIfr *INSTAGRAM* https://www.instagram.com/p/DK-y9AYTd4T/?igsh=dng4Yjl6MDV2Mjl2 *X* https://x.com/mycommunews0624/status/1934764956748239013?s=46 *TIKTOK* https://vt.tiktok.com/ZSkq6DVNS/ *WHATSAPP CHANNEL* https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1710 #mycommunitynews #mcn #dasarluarmalaysia #konflikiranisrael

Comments