
MyCommunityNews
June 17, 2025 at 08:48 AM
*17.06.2025 , SELASA*
*AHLI PARLIMEN, MENTERI & PEGAWAI TINGGI KERAJAAN DIINGATKAN KERAP TURUN PADANG*
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyeru semua menteri, pegawai tinggi Persekutuan dan negeri serta pelaksana dasar dan projek agar kerap turun ke lapangan untuk memahami masalah rakyat. Beliau menekankan bahawa Ahli Parlimen juga perlu melakukannya bagi menangani isu tempatan dengan lebih baik.
Perdana Menteri menyatakan wujudnya jurang (disconnect) antara dasar dan pelaksanaan di peringkat akar umbi yang boleh diatasi melalui program seperti Sejati MADANI dan Kampung Angkat MADANI. Turun padang membolehkan pemimpin membincang isu seperti pendidikan, pengangguran, penyalahgunaan dadah, kesihatan dan projek ekonomi secara langsung.
Beliau juga menekankan kepentingan mendengar rungutan rakyat melalui program seperti Program MADANI Rakyat (PMR) atau sesi dialog yang membantu kerajaan bertindak pantas menyelesaikan masalah asas seperti tandas rosak di sekolah atau capaian Internet di IPT.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga memberi contoh maklumat yang diperoleh semasa berinteraksi dengan rakyat di warung makan atau solat Jumaat, menunjukkan perlunya menyelesaikan prasarana asas sebelum memacu kemajuan teknologi seperti AI dan digitalisasi.
*JANGAN LUPA UNTUK LIKE, KOMEN DAN SHARE‼️‼️‼️*
*** 👍🏻💬📢 ***
*_Sila klik pautan-pautan berikut untuk info penuh:_*
*FACEBOOK*
https://www.facebook.com/share/p/1EQDtZ3LNR/?mibextid=wwXIfr
*INSTAGRAM*
https://www.instagram.com/p/DK_mI1MpIup/?igsh=MWNtYm81bnlzbWFsOA==
*X*
https://x.com/mycommunews0624/status/1934877592391401552?s=46
*TIKTOK*
https://vt.tiktok.com/ZSkqcAhKM/
*WHATSAPP CHANNEL*
https://whatsapp.com/channel/0029Vajhxsa2v1J06ZyCXl07/1713
#mycommunitynews
#mcn
#kerajaanmadani
#pmr